Tuesday, March 31, 2015

LANTAI KAYU LAMINATE @ LAMINATED WOODEN FLOOR

Jalan Sanggul 2 Klang - Lantai

Jalan SP3/4 Salak Perdana - Tangga

Jalan Kebun, Klang - Tangga

Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan - Tangga

Saujana Utama 1, Kuala Selangor - Lantai & Tangga

Bayu Suria Apartment, Balakong - Lantai

Jalan Ibu Kota, Setapak, KL - Lantai

Damansara Damai, Sungai Buloh - Lantai & Tangga

Taman Kuala Selangor Utama, Kuala Selangor - Lantai

Hubungi saya untuk keterangan lanjut :  D'man Dicon 013-6666 595

Tuesday, April 26, 2011

GAZEBO BUDGET ISTIMEWA


Gazebo ini bersaiz 4'x4', menngunakan bahan dari kayu meranti untuk keseluruhan dan berbumbung polycarbonate. Ia sesuai bagi ruangan yang agak kecil dan kelihatan 'cute'. Dicat 3 lapisan dengan cat yang berkualiti. 

Gazebo ini hanya berharga RM2,400 (tidak termasuk kos pengangkutan) dan ia adalah harga mampu milik kepada para penggemar gazebo yang  hanya mempunyai ruangan agak kecil seperti di kawasan taman perumahan dan seumpamanya.

PERGOLA SANTAI

Pergola ini bersaiz 6'x5', berbumbung polycarbonate dan bangku. Menggunakan kayu cengal, resak dan meranti serta 3 lapisan cat. Berdekorasikan kerawang di sebelah belakang menambahkan lagi seri. Amat sesuai bagi mereka yang gemarkan kelainan serta situasi santai di halaman rumah.

Pergola ini hanya berharga RM2,600 (tidak termasuk kos pengangkutan) 

Wednesday, February 23, 2011

SIAR KAKI

Siar kaki (walkaway) dibina dalam keadaan lurus dan berlengkok serta mempunyai berbagai bentuk seperti 4 segi tepat, 4 segi sama, 5 segi, enam segi serta bujur, bulat dan lain-lain.
Siar kaki juga boleh dibina mengunakan bahan seperti rumput, pasir dan batu. Panggilan popular untuk batu adalah pebble-wash (batu-batu kecil)

Susunan batu-bata sangat popular  di Malaysia, kerana ia mudah dibina, dan mempunyai corak-corak yang cantik dan tahan lasak malah penggunaan batu batuan ini sangat popular  di negara Eropah.

POKOK BUNGA BONZAI

Pokok bunga dari jenis dedaun halus, kecil atau tirus amat sesuai bagi hiasan taman. Pokok tersebut yang dipanggil bonzai memang amat digemari dewasa ini. Berbagai jenis spesis dengan dedaunan hijau serta proses/kerja pembonzaian mencantikan lagi struktur pokok tersebut.

Pokok bunga kesinai atau nama saintifiknya iaitu Streblus Asper sangat popular di seluruh negara kerana ia mudah dibentuk dan dijaga serta sangat menarik. Kesinai dapat hidup subur dikebanyakan tempat. Kesinai yang ditanam di dalam pasu mudah dikawal tumbesaran berbanding ditanam terus ke tanah.

 

AKSESORI

Pelbagai jenis aksesori seperti basu bunga dari bermacam bentuk, corak, warna dan saiz. Batu sungai berwarna hitam, putih serta merah juga lain-lain warna yang sesuai untuk hiasan taman. Batu yang bersaiz agak besar yang sesuai untuk pasu menegak/tinggi, tembok dan lain-lain kegunaan.              

RUMPUT

Rumput untuk hiasan laman bagi menggantikan batu, simen atau tar. Menyejukan dan menghijaukan halaman rumah anda. Mengekalkan lembapan agar suasana laman rumah lebih sejuk dan nyaman. Rumput yang dijaga dengan baik akan menaikan seri halaman rumah anda bak kata pepatah 'sejuk mata memandang'.

Terdapat berbagai jenis rumput iaitu rumput lembu (cow grass), rumput mutiara (pearl grass), rumput Filipina (Phillipine grass) serta rumput permaidani/golf (carpet grass). Rumput jenis ini sesuai dengan iklim tempatan dan mudah hidup serta membiak jika dijaga dengan baik (siram, baja dan potong).

Rumput dibekalkan dengan saiz 1'x1' atau 2'x1' bergantung pada jenis tanaman rumput. Sebaiknya rumput terus ditanam sebaik sampai di tempat penanaman. Untuk itu, tapak asas hendaklah terlebih dahulu dibersihkan dari tanah, batu atau rumput yang lain agar rumput baru dapat ditanam dan membiak dengan baik. Struktur tanah sebaiknya selaras/sama rata (level) untuk memdapatkan hasil yang terbaik.

Rumput hendaklah selalu disiram, dibaja dan dipotong mengikut kesesuian kekerapan. Air dan baja yang berlebihan atau memotong rumput terlalu pendek boleh merosakan tanaman tersebut.