Monday, February 21, 2011

GAZEBO @ WAKAF/PONDOK

Gazebo ini berukuran 12' panjang x 10' lebar x 7' tinggi. Menggunakan bahan kayu dari jenis Cengal, Resak dan Meranti. Menggunakan bumbung dari jenis zink tebal bagi mengurangkan beban dan risiko. 

Mempunyai papan manis awan larat di bahagian kanan dan kiri, papan manis berbentuk kubah pada bahagian sisi. Awan larat pada dua bahagian 'L' dan kekisi juga pada bahagian 'L'. Empat kerawang menyerikan bahagian hadapan serta papan manis berpaten pada keliling bahagian tepi lantai. 

Menggunakan kemasan cat (Antique Wallnut) dari jenis yang berkualiti tinggi yang memang sesuai untuk kegunaan luaran. Mengecat dengan tiga lapisan dengan warna yang seragam agar gazebo kelihatan 'vintage' dan 'cool'.

Gazebo ini pula berukuran 6' panjang x 4' lebar x 6' tinggi. Menggunakan bahan kayu dari jenis Cengal, Resak dan Meranti dan menggunakan bumbung dari jenis zink. 

Mempunyai papan manis awan larat di bahagian kanan dan kiri, papan manis berbentuk kubah pada bahagian sisi. Kekisi pula pada bahagian 'L'. Kesemua empat penjuru dipasang kerawang bermotifkan bunga serta papan manis berpaten pada keliling bahagian tepi lantai bagi menyerikan lagi bahagian bawah. 
Menggunakan kemasan cat (Chinese Wallnut) dari jenis yang berkualiti tinggi yang memang sesuai untuk kegunaan luaran. Mengecat dengan tiga lapisan agar kayu dapat terpihara dengan lebih lama dan berseri dengan warna yang seragam agar gazebo kelihatan antik.

Para pelanggan juga boleh menempah untuk saiz, design, kemasan warna serta aksesori yang lain mengikut citarasa serta 'budget' masing-masing. Tapak asas sebaiknya dibina terlebih dahulu bagi menguatkan struktur, mencantikan, memudahkan kerja pemasangan juga penyelenggaraan pada masa yang akan datang. 


Gazebo ini pula berukuran 9' panjang x 6' lebar x 7' tinggi. Menggunakan bahan kayu dari jenis Cengal, Resak dan Meranti dan menggunakan bumbung dari jenis zink (Euro Bond).

Mempunyai papan manis awan larat di bahagian kanan dan kiri, papan manis berbentuk kubah pada kedua-dua bahagian sisi. Kekisi pula pada bahagian 'L'. Kesemua empat penjuru dipasang kerawang bermotifkan bunga serta papan manis berpaten pada keliling bahagian tepi lantai bagi menyerikan lagi bahagian bawah. 
Menggunakan kemasan cat (Mahogany) dari jenis yang berkualiti tinggi yang memang sesuai untuk kegunaan luaran. Mengecat dengan tiga lapisan agar kayu dapat terpihara dengan lebih lama dan berseri dengan warna yang seragam agar gazebo kelihatan antik.

9 comments:

  1. kalau macam ni berapa RM?tak besar mana...sama besar macam dalam gambar kat atas ni...

    ReplyDelete
  2. Iman : yg ni hrga sekitar 4.2K je..bhn sama mcm keterangan..tq

    ReplyDelete
  3. Nak tanya..kalau 4x4 tu leh kurang tak.agak2 kalau 1500 dapat tak. kalau hantar ker Bangi boleh ker?

    ReplyDelete
  4. abdul azza : hantar ke Bangi kna tmbah rm200 utk lori..n kami mohon maaf byk ya tuan, 1.8K tu dh hrga terendah. tq

    ReplyDelete
  5. Salam. Sih aktif lagik ke..sy berminat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kalo berkenan bole la kita bincang..

      Delete
    2. Bro, kalo kat ayer keroh melaka boleh hantar? Berapa cost total untuk 4x4?

      Delete
  6. saiz 6 * 6. Nak hantar kelantan berapa suma kos.Hantar Kota bharu. tk

    ReplyDelete
  7. Salam
    Br hrg 12'x8'x7 blh hantar ke nilai 3 ke

    ReplyDelete